link

Aqilah & Azrilrizal

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 19, 2011

Anak

Semalam I cuba nak post benda ni trough iPod.. Tapi entah kenapa x boleh pulak...

So, here it goes...

Lately ni bila I da start kerja, I own my own money, rasa macam nak guna duit sendiri untuk beli barang macam berat je (tapi unfortunately beli juga! Hahaha!). Dulu masa Papa tanggung I 100% apa I nak Alhamdullilah Papa tunai kan. Buat muka cute sikit je mesti  lepas. Tapi I xde lah mintak benda-benda yang aneh2, kiranya mengikut kemampuan Papa lah.. Something yang boleh di terima akal.

Since I kecik, apa yang I nak I akan bagi return to my Parents. Example nak cassett (dulu CD mahal and I hanya ada radio yang ade cassett tu je) I akan basuh toilet. For both toilet dalam rumah. Selalu nya deal macam tu lah. Ala2 win-win situation gituw! :P

Bila I dah grow up, I still buat benda yang sama.. Even until now. But then, bila kita dah dewasa, kita tau tanggungjawab kita macam mana. X perlu dah 'the win-win situation' tu. Sebabnya, itu memang tanggungjawab kita kat parents. Nak2 I ni yang dah xde Mak. So, kerja2 perempuan kat rumah memang I yang buat.

Bila I fikir balik, parents I sanggup buat apa pun untuk I sebagai anak. Dari kecil sampai besar. I x tahu I ni mamapu ke nak balas jasa mereka berdua. Every month Alhamdullilah I dapat bagi Papa I merasa gaji I. Even x banyak. Sebab apa yang penting, I nak kan 'Barakah' berkat dalam hidup. Apa sangat kan kalau nak di banding kan apa yang kita bagi kat parents tu dengan jasa dan pengorbanan yang dorang dah buat untuk kita.

Mampukah kita tatang ibubapa kita, macam mana mereka tatang kita dari kecil? I x tahu I mampu ke x, tapi I akan cuba.

Noted to self juga ni, setiap manusia akan ada zuriat (dengan izin Allah), dan tentu kita  nak anak-anak kita layan kita dengan baik kan? So, kita pun kena lah layan ibubapa kita dengan baik sebab harapan nya sama. Orang cakap Anak-anak akan jadi 10 kali ganda dari perangai kita.  Takutnyaaaaaaa!!! Hahahahaha..


Tepuk dada, tanya lah hati :)


Berbuat baik kepada kedua ibubapa merupakan ibadat yang wajib dan kedua besarnya atau mulianya selain dari menyembah Allah swt. dari segi ajaran agama islam yang merupakan perintah secara langsung dari Allah swt. . Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amal yang paling tinggi darjatnya setelah mentahuidkan Allah swt dan menjauhi daripada menyegutukanNya . Jika kita melanggar kewajipan berbuat baik terhadap keduanya, maka kita telah melakukan dosa kerana perintah Allah swt.

Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24

Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (sumber: tazkirahawam.blogspot.com)

Picture Credit to Mr Google


No comments:

Post a Comment