Eh, ehhhh! I belum nak kawin lagi! X payah riot2 kat Jakel tu semata-mata nak cari baju untuk my wedding.
Sila jangan terpedaya dengan tajuk entri I kali ni ye :) okay lah, entri kali ni I nak berkongsi sikit pasal perkahwinan.. Di ingatkan semula yah, I BELUM lagi nak kawin. Kerja pun x de lagi T_T
So, tadi I dengan En Azrilrizal pergi Damansara Mutiara sebab nak pergi Tesco. Ape daaaa.. Gila jauh! Padahal Tesco Cheras ni, 5min je dari rumah I! Tapi, kali ni lain.. Sebab Mak En Azrilrizal ikot sekali kami ngedate. Sebab I la yang bagi idea kt my other half tu, "Kalau you jadi MC esk (kes malas keje la ni. tula, weekend pun kerja kan.. Sian dia x cukup rest) kita bawak Mak you makan2 ke" then he agreed. Tanya Mak dia, nak g mane. So she answer Tesco. Tapi babe, kalau takat Tesco Cheras ke, Ampang ke.. Gila boring! Hehe.. So I ajak la jejauh sikit.
So, pegi lah kami membeli belah sikit barangan ass.. Ehhh! Asas! I beli barang pesedianan untuk spaghetti. Sebab Khamis ni ade janji dengan my few girlfriends nak pergi picnic kat Putrajaya :D
Lepas tu, we decide to solat Magrib there. Sebab keluar rumah pun da lambat.. Pukul530 gituw. I dah seminggu lebey x pergi rumah En Azrilrizal. So mak dia cakap lame I x datang. So, I datang lunch kat sana dulu before we decide to go out after Asar.
Lepas dah setel kat Tesco. We masuk The Curve pulak.. Then En Azrilrizal zelanja kami ice cream New Zealand. Memang sedapppp! I pulak teringin MingoMingo. Tapi dapat pulak New Zealand. Pucuk dicita ulam mendatang lah kan!
Gila melencong ke laut Merah my enrti ni! Tadi kan nak cite pasal Kahwin? Argh! I memang camni! Kalau dapat bercakap, bercerita.. Camni lah jadi nya! Meyimpang je! Hehehe..
So, dinner kami dekat Little Penang.. Sedap lah juga.. Tapi x sesedap first time kami makan kat situ. Mood swing agaknya chef dia.
*Tetiba* Mak En Azrilrizal buka cerita pasal kahwin. *dupdapdupda* >.< I dah rase lain.. Muka masa tu pandang asam laksa je. X pandang tempat lain dah! Gila ape?! X berani aku nak bertentang mata di saat2 kritikal begitu. Tinggal kan meja? Kau gila ape? X ke kuang ajau name nya tu..
So mak control ayu *betul kan tudung* ehhhh.. Btw, tadi kita pakai selendang/panshminar yang awak beli kat Phuket tu Kak Juana ^.^
Tengok.. Meyimpang lagi T_T
Mula2 cerita pasal sipolan tu, sipolan ni nak kahwin. *Tetiba* bayak betul tetiba. Haishhh.. Okay2 kali ni betul2 punya. Sian uolss kena dengar I melalut :P
"Nak buat macam mana, boy x mampu lagi nak kahwin" < Mak En Azrilrizal cakap. I pun jawab lah "X pe Mak Cik.. Qila x nak rush2. Qila okay je" En Azrilrizal asik pandang nasi goreng dia je. "Kalau jadi esok, x payah lama2. Buang masa" arghhhhh! *tepek* kena kat muka sebiji! Hahahaha.. I pandang En Azrilrizal, dia pandang I. Tersengeh-sengeh je! Holiauuuu woooo! Yelah, kami da kawan lame kan.. Belum setahun kami kawan, both of us da bawah jumpa family masing2.. 72months = 6 years
I bukan x nak kahwin.. Tapi, I nak balance kan myself dulu. Cari duit dulu.. Kerja pun x de lagi. Camno ni? Hehehe.. Besides, En Azrilrizal nak balas jasa parents dia dulu.. Tu lagi penting kan? I pun same juga.. Dalah x sempat nak balas jasa arwah Mummy.. So, I nak juga merasa balas jasa Papa.
Part I sedey bila Mak Eb Azrilrizal cakap "Ntah sempat ke x tegok kamu bedua kahwin" :'( sedey nyaaaa! Serentak kami jawab "SEMPAT!"
I x nak beban kan my other half.. So, I x nak presure him with "getting married" punya topic.. Besides, I da cakap dengan dia. I nak kahwin before 30.. 29 you x masuk meminang, I cari orang lain :P
Btw, kesian kes kat Mesir tu kan.. Nasib my cousin yang study kat Al-Azhar tu selamat pulang pagi semalam! Dia cakap even kat Ciaro pun dah riot.. Takutnya.. Harap semua rakyat Malaysia kat sana selamat.. Amin..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone